Monday, May 19, 2008

Pilihanraya Pertama 1955

Promosi pilihanraya pertama 1955

Sunday, May 18, 2008

Sejarah Hari Pekerja

Apakah keistimewaan 1 Mei? Pastinya, sebagai seorang pekerja, sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta pastinya sedia maklum bahawa pada hari tersebut adalah merupakan Hari Pekerja yang disambut serentak bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Pada hari tersebut juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum.


Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. - MESRA

(Sumber: Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard)

Friday, May 16, 2008

Insentif Untuk Guru Yang Sambung Pengajian

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.

Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.

"Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.

Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.
Tahniah kepada semua guru .

Sunday, May 11, 2008

Melayu - Usman Awang

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang

Sejarah Orang Melayu Ke Makkah

TAHUN ini seramai 27,000 jemaah haji dari Malaysia berpeluang menjadi tetamu Allah s.w.t. dan berkesempatan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah al-Mukaramah.

Sesuatu yang amat menarik untuk dikaji dan diteliti ialah siapakah orang Melayu pertama yang telah mengerjakan ibadah agung ini. Memang sukar untuk dipastikan siapakah orang Melayu pertama yang telah berjaya menjejakkan kaki di bumi Mekah dan menunaikan fardu haji.
Namun begitu, menurut catatan sejarah adalah dipercayai orang Melayu telah mula belayar ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji sejak zaman awal Islam dikembangkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Nusantara.

Di dalam buku Haji Di Semenanjung Malaysia: Sejarah dan Perkembangannya Sejak Tahun 1300-1405H (1896-1985) oleh Mohd. Saleh Haji Awang (1986) dengan merujuk kepada catatan yang dibuat oleh Tom Pires menyatakan bahawa Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) merupakan orang Melayu pertama dalam sejarah yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Di dalam Hikayat Hang Tuah yang cukup terkenal pula ada menceritakan bahawa laksamana kerajaan Melaka itu pernah menunaikan haji semasa singgah di Mekah ketika beliau dalam perjalanan ke Rom dan sempat menziarahi makam Rasulullah di Madinah dan makam para sahabat di Baqi’ serta Uhud.

Menurut Mohammad Redzuan Othman (2003) catatan yang tepat berkenaan sejarah pemergian haji orang Melayu hanya terdapat pada abad ke-16 seperti pemergian ulama Nusantara Hamzah Fansuri pada akhir abad ke-16 dan Abdul Rauf Singkel pada sekitar tahun 1643 ke Tanah Suci untuk menuntut ilmu dan sempat mengerjakan ibadah haji di sana.

Pada pertengahan abad ke-19 pula lebih banyak penulisan yang melaporkan pemergian orang Melayu ke Mekah seperti karya Tuhfat al-Nafis yang ditulis sekitar tahun 1860-an dan Hikayat Pelayaran Abdullah yang menceritakan pengalaman Munsyi Abdullah menunaikan haji pada tahun 1854.

Pegawai haji yang pertama dilantik oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1923 untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah haji Melayu ialah Haji Abdul Majid Zainuddin yang bertanggungjawab ke atas segala hal jemaah haji termasuk masalah kesihatan, keselamatan, perjalanan, dan kebajikan para jemaah haji yang ketika itu menggunakan kapal laut untuk ke Tanah Suci.

Dalam tulisan beliau yang bertajuk A Malay Pilgrimage to Mecca (1926) menceritakan secara mendalam pengalaman menarik beliau mengurus jemaah haji Tanah Melayu selama hampir lebih 20 tahun.

Antara tulisan klasik lain yang menceritakan kisah haji orang Melayu ialah oleh Haji Jaafar Jusoh al-Hajj dalam buku beliau Perihal Pemergian Ke Mekah dan Madinah, iaitu Pelayaran dan Perjalanan Ke Mekah al-Mushrifah Bagi Mengerjakan Haji dan Ke Madinah al-Munawwarah Bagi Ziarah Makam Rasul Allah s.a.w. dan Sahabat-Sahabatnya (1937) dan buku The Conduct of the Hajj From Malaya dan the First Malay Pilgrimage Officer (1975) oleh William R. Roff.

Manakala dalam buku Sejarah Hidup Tok Kenali (1967) turut menceritakan perihal pemergian haji ulama tersohor itu ke Mekah pada tahun 1886 dengan menggunakan kapal layar.

Pemergian haji orang Melayu sebelum merdeka turut dipengaruhi oleh faktor kekukuhan ekonomi, sosial dan keselamatan antarabangsa. Statistik menunjukkan jumlah jemaah haji ke Mekah pada 1927 meningkat pada 12,184 orang ekoran peningkatan harga getah di pasaran dunia melambung tinggi dan penguasaan ekonomi orang Melayu yang lebih baik, pengenalan kapal wap yang lebih cepat serta mengambil masa yang singkat dan jaminan keselamatan pemerintahan Ibn Sa’ud di sana.

Pengangkutan jemaah haji ke Mekah setiap tahun dianggap oleh kerajaan Inggeris sebagai perniagaan yang amat menguntungkan mereka.

Namun begitu pada tahun 1932, jumlah jemaah yang mengerjakan haji merosot teruk kepada hanya lapan puluh orang sahaja akibat kemelesetan ekonomi dunia dan pasaran harga getah yang jatuh merudum.

Pada tahun 1939/40 sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua pula merekodkan kemerosotan paling teruk di mana hanya 46 orang sahaja yang berjaya sampai ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Jemaah haji juga turut berhadapan dengan pelbagai bentuk eksploitasi dan penipuan ketika mengerjakan haji. Menurut Mohammad Ridzuan Othman (2003), akhbar Chahaya Pulau Pinang pada tahun 1906 melaporkan ramai bakal jemaah haji ditipu oleh broker haji ketika berada di pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura.

Lebih malang lagi menurut N. Rajendran (1982) dalam tulisan beliau bertajuk Notes On Haji Labour in Early Singapore menukilkan pada akhir abad ke-19, pernah berlaku eksploitasi kepada bakal jemaah haji dari Jawa yang ditipu dan menyebabkan mereka menjadi papa kedana dan terpaksa meminjam wang daripada broker haji.

Untuk melunaskan kembali pinjaman yang dibuat, mereka terpaksa menjadi buruh paksa di ladang-ladang di Johor apabila selesai mengerjakan ibadah haji.

Belanja untuk mengerjakan haji juga amat mahal ketika itu dan ia menjadi simpanan seumur hidup untuk sampai ke Tanah Suci. Bagi yang berada dan berharta pula mereka terpaksa menjual atau menyewa tanah, ladang, sawah dan sebagainya semata-mata untuk menunaikan ibadah agung ini.

Saturday, May 10, 2008

Cerita Hilang Ngantuk

Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum
cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

SESIAN, SIMA SASIH

Thursday, May 08, 2008

Kisah Telur




Cerita Telur 1


Selepas Columbus pulang ke Sepanyol dengan membuktikan bahawa beliau menemui 'Tanah India" melalui jalan barat.Ia berjaya membuktikan bahawa bumi tidak datar seperti yang disangka oleh masyarakat ketika itu,dan tidak ada tepi dunia jurang yang dalam.Oleh itu, bukti ini menimbulkan perasaan tidak puas hati bangsawan.Ramai golongan bangsawan mencemuh ekpedisi Columbus ini dan hanya sia-sia.
Oleh itu,ketika makan malam bersama Raja Sepanyol,Columbus telah mengemukakan satu cabaran kepada bangsawan, "cuba siapa yang boleh membuatkan telur ini berdiri.."?
Beberapa bangsawan telah mencubanya tetapi semua gagal.Mereka menyatakan hal itu tidak mungkin akan berlaku.Setelah semua gagal dan menyerah kalah,Columbus telah menyelesaikannya.Dia ketukkan sedikit hujung bawah telur itu ke meja sehingga retak dan dengan itu telur itu diletakkan semula dan boleh tertegak tanpa terjatuh.Lalu Columbus berkata" ...ini adalah perkara yang biasa saja, setiap orang boleh melakukannya setelah ditunjukkan caranya.."

Perbilangan Telur 2


"Jangan diletakkan semua telur dalam satu bakul,jika bakul jatuh,semua akan pecah..."


Perumpamaan Telur 3


Umpama telur di hujung tanduk.


Lagu telur...


Monday, May 05, 2008

Jawab Kalau Berani...

Soalan 1



Di sebuah ladang ada sekumpulan manusia dan kambing.Jumlah kepala manusia dan kambing ialah 20.Manakala jumlah kaki manusia dan kambing 50.Berapa ekor kambing dan berapa jumlah kaki manusia di ladang itu ?



Soalan 2



Ada 5 rumah yang masing - masing memiliki warna berbeza.Pemilik ke lima-lima rumah ini masing - masing memiliki kewarganegaraanyang berbeza, menyukai minuman yang berbeza, brand rokok yang berbezadan memiliki binatang perliharaan yang berbeza. Tidak ada pemilik rumahyang memiliki binatang peliharaan, menyukai brand rokok atau pun minuman yang sama.Petunjuknya adalah:


Orang Inggeris tinggal di rumah berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing.
Orang Denmark minum teh.
Rumah hijau terletak di sebelah kanan rumah berwarna putih.
Pemilik rumah hijau minum kopi.
Orang yang merokok Pall Malls memelihara burung.
Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
Orang yang tinggal di rumah paling tengah minum susu.
Orang Norwegia tinggal di rumah pertama.
Orang yang merokok Blends tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
Orang yang merokok Bluemasters minum bir.
Orang Jerman merokok Prince.
Orang Norwegia tinggal di sebelah rumah biru.
Orang yang merokok Blends memiliki tetangga yang minum air.
Persoalannya : Siapa yang memelihara ikan

Jawab ler....

Sunday, May 04, 2008

KRS SMKGS Di Hari Kokurikulum 2007







Aktiviti KRS SMK Gunung Semanggol
pada Hari KoKurikulum 2007




















Tips Menjawab Kertas Sejarah 1249 SPM

Kertas 1

Mesti jawab semua 40 soalan dalam tempoh 45 minit.15 minit lagi untuk semak semula.
Setiap bab ada soalan. Samada 1,2 atau 3 soalan.
Soalan disusun mengikut susunan bab dalam buku teks.
Lazimnya 20 soalan dari Tingkatan 4 dan 20 soalan berikutnya Tingkatan 5
Baca soalan betul-betul dan fahami kehendak soalan.Samada ia berkaitan politik,ekonomi , dan sosial.
Tamat menjawab perlu semak semula jawapan anda.Bilang jawapan A,B,C, dan D.Lazimnya bilangan jawapan setara 8- 12 sahaja..Jika lebih ,semak semula soalan tersebut dan pastikan jawapan yang tepat.

Kertas 2

Peruntukan masa 2 1/2 jam.Wajib jawab4 soalan struktur di bahagian A dan 3 soalandi bahagian B.Soalan disusun mengikut susunan bab dalam buku teks.Soalan strukrur 1 dan 2 Bahagian A di tingkatan 4 dan soalan 3 dan 4 di tingkatan 5.Soalan struktur mesti beri lebih tema/fakta daripada kehendak soalan ( spare ).Lazimnya soalan esei pula 2 di tingkatan 4 dan 3 soalan tingkatan 5.
Baca betul betul semua soalan dan apa kehendak dan pilih/ wajib jawab 3 soalan terbaik bagi anda dan jangan kurang.
Rangka fakta jawapan terlebih dahulu.
Tengok markah dan pastikan fakta melebihi markah.5 atau 6 markah ini bermakna ada 6 fakta. Kalau 10- 12 markah lazimnya ada huraian dan isi melebihi 15 fakta ,huraian dan contoh.( F + H1 ...+ C1....+ )
Tengok kata tugas dan pastikan mesti ada huraian dan contoh bagi soalan ,terangkan,huraikan.
Jawapan anda biar lengkap jangan buat ayat tergantung.Contoh kerajaan agraria menjalankan kegiatan bercucuk tanam ..... ¿Sepatutnya kerajaan agaria bercucuk tanam seperti Menanam padi sawah di sekitar Tasik Tonle Sap.Mempunyai sistem pengairan dari Sg.Mekong .
Tidak perlu pendahuluan dan penutup.Jawab terus fakta/isi jawapan.
Setiap tema ada soalan.Samada struktur dan esei
Jawapan mesti ditulis dalam bentuk esei.Gunakan perkataan selain itu. Dan manakala bagi soalan perbandingan.Boleh jawab perbandingan serentak
Jangan buat point dan jadual.Dilarang sama sekali.
Kenalpasti soalan berada di tema mana dan jangan campur adukkan jawapan dengan bab yang lain.Tumpuan semasa menjawab amat penting.Mesti fokus.
Bayangkan peta konsep berada di minda anda.
Susun soalan mengikut urutan.Soalan tidak perlu disalin.Tulis nombor soalan sahaja.Kalau boleh satu jawapan 1 mukasurat.
Boleh jawab semua soalan jika ada masa.
Lazimnya soalan nombor 9 dari tingkatan 5 bab 9 ( tema kerjasama Malaysia di Antarabangsa ).Kuasai bab ini 100 %.Buang soalan yang dah keluar.Tengok analisis soalan pada Modul Gemilang Perak dan Pecutan SPM
Pastikan 6 tema telah kamu telah kuasai 100 %.Tumpuan 2008 100 % ialah:

Tingkatan 4

Tema 1 - Bab 2 ( Peningkatan Tamadun) Tamadun Indus dan
Tamadun Mesir Purba - sumbangan.
Tema 2 – Bab 5 ( Perjanjian Hudaibiyah)
Bab 6 ( Kerajaan Bani Umaiyah dan kejayaan Turki
Uthmaniyah )
Bab 7 ( 3 Teori kedatangan Islam di Asia Tenggara dan
Peranan kerajaan Islam dalam penyebaran Islam)
Bab 8 ( Pengaruh Islam di Malaysia – pemerintahan-
undang-undang – pendidikan – perdagangan dan
percukaian )
Tema 3 – Bab 9 (Zaman Gelap dan Renaissance – Revolusi
Pertanian dan Industri )
- Bab 10 ( Dasar British terhadap tanah dan orang Melayu
kemasukan buruh luar dan kesan dasar British.

Tingkatan 5

Tema 4 – Imperialisme dan Nasionalisme –
- Bab 1 - Gerakan nasionalisme di Thailand
- Bab 2 - Faktor penentangan dan gerakan nasionalisme(
faktor pemangkin – Gerakan Islah dan zaman
Jepun.
Tema 5- Negara dan Bangsa
- Bab 3 – Negara dan Bangsa di Melaka dan pengaruh-
Undang-undang Tubuh Johor dan Terengganu -
konsep bangsa Malaysia –
- Bab 4- PTM 1948 ciri-ciri dan kesan
- bab 5 – Pakatan Murni Parti Perikatan dan ciri-ciri PPTM
1957.
- Bab 6 –Langkah langkah pembentukan Malaysia 1963
dan pembentukanPerjanjian Malaysia / Akta
Malaysia 1963.
Bab 7- Ciri-ciri demokrasi Berparlimen – badan
Perundangan ( DR DN dan YDA )
Bab 8 – Dasar pendidikan dan Akta Bahasa serta DKK –
wawasan 2020.
Tema 6 – Bab 9 -Hubungan Malaysia di Asean – konsep Asean + 3
Dan Pertubuhan Antarabangsa – Bilateral dan
Multilateral.(NAM,OIC,PBB,Komanwel,Negara-
negara Selatan ) dan globalisasi.
Akan dikemaskini pada September

Sepintas Sejarah Awal Larut Matang

SEJARAH AWAL LARUT MATANG


Larut Matang dan Selama adalah sebuah daerah di dalam Negeri Perak dan ianya mula dikenali semenjak diketahui bahawa buminya mengandungi bijih timah iaitu dalam pertengahan kurun ke 19. Pada zaman Sultan Abdul Malik Mansor Shah iaitu Sultan Perak yang ke 19, satu angkatan dari Kedah telah datang ke Perak atas arahan Raja Siam. Angkatan ini kemudianya telah bertempur dengan angkatan Perang Negeri Perak di sebuah tempat yang bernama Bukit Gantang. Angkatan Perak yang diketuai oleh Cik Alang Idin telah berundur dan bergabung dengan angkatan Talib. Di atas kebijaksanaan Angkatan Perak maka perang tersebut dapat didamaikan. Setelah perdamaian tersebut, Sultan Perak telah berkenan mengurniakan gelaran "Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja" kepada Cik Alang Idin. Mulai dari saat itu Cik Alang Idin ditugaskan mengawal jalan genting ke utara Perak di Bukit Gantang dan memerintah di situ Cik Alang Idin adalah keturunan dari Tun Saban iaitu pemerintah Hulu Perak sebelum Negeri Perak memakai gelaran Sultan.Cik Long Jaafar mempunyai seekor gajah yang bernama Larut dan gajah ini turut dibawa bersama ke Bukit Gantang dari Lubok Merbau. Gajah ini telah hilang hampir 3 hari dan ketika ditemui gajah ini disaluti dengan lumpur yang keras. Akhirnya didapati lumpur itu adalah bijih timah. Di atas peristiwa ini daerah ini dinamai Larut iaitu mengambil sempena nama gajah Cik Long Jaafar. Akhirnya pada tahun 1850, daerah Larut telah dikurniakan kepada Cik Long Jaafar oleh Raja Muda Ngah Ali serta orang Besar-besar Perak iaitu Temeggong, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja. Pada tahun 1857 Cik Long Jaafar telah digantikan oleh anaknya yang bernama Ngah Ibrahim. Sultan Jaffar Muazzam Shah telah memberi surat akuan kepada Ngah Ibrahim pada 24 Mei 1858. Surat ini telah ditandatangani oleh Sultan Jaffar, Raja Muda Ngah Ali dan Raja Bendahara, Perak. Pada masa Cik Ngah Ibrahim, orang Cina makin bertambah dan pada awal tahun 1860 orang Cina telah menjadi 2 kumpulan besar iaitu Go Kuan (ertinya 5 daerah) dan Si Kuan (ertinya 4 daerah). Orang Cina dalam kumpulan Go Kuan terdiri daripada orang Cina Hakka (Khek) dan Hokkien yang bekerja di lombong Klian Pauh (Taiping) dan mereka menjadi ahli dalam kongsi gelab yang bernama Hai San di bawah ketua bernama Chung Keng Kwee (dikenali juga dengan nama Ah Kwee). Orang Cina yang berasal dari Canton bekerja dilombong Klian Baharu (Kamunting) dan menjadi ahli kongsi gelab yang bernama Ghi Hin di bawah ketua bernama So Ah Chiang.Disebabkan perebutan kekayaan bijih timah maka akhirnya kedua-dua kumpulan tersebut mulai bermusuhan dan tercetuslah PErang Larut I, II dan III.

Santapan Minda

SANTAPAN MINDA



Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
.1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, …anggaplah kanak-kanak itu
lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak
melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, …anggaplah dia lebih mulia
daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, …anggaplah dia lebih mulia
daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan
ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, …anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui...
5. Jika melihat orang jahat, …jangan anggap kita lebih mulia kerana
mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang bukan Islam, …katakan didalam
hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan
diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala
dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Tamadun Islam Zaman Khulafa al Rasyidin

TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AR RASYIDIN

Pengenalan Tamadun Islam
Istilah: Umran, Hadharah, Madaniyyah, Tamaddun, Civilization, kebudayaan, peradaban, kemajuan
Umran: kawasan, tanah didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju
Ibnu Khaldun: Masyarakat bertamadun masyarakat yang penduduknya mecapai tahap melebihi keperluan asas kehidupan sehingga mencapao pemikiran dan daya cipta yang tinggi, halus dan ada nilai seni
Prof Said Naqib al Attas: Keadaan kehidupan manusia yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
Tujuan mempelajari
Kenal pasti peranan / sumbangan sesuatu bangsa membangunkan negara
Dedah kemajuan manusia dalam pentadbiran, perubatan dan kesannya
Mencontohi dan mempertingkatkan kegemilangan tamadun bangsa

Pentadbiran

Menunaikan tanggungjawab dengan memberi khidmat terbaik
Berlandaskan al Quran dan as Sunnah
Meneruskan sistem pemerintahan seperti Rasulullah
Pelantikan khalifah melalui syura

Struktur Organisasi Pentadbiran
Pentadbiran pusat
Madinah sebagai pusat pemerintahan
Semua jabatan ditadbir pegawai yang dilantik khalifah
Majlis syura sebagai pusat merancang dan mentadbir negara
Pentadbiran wilayah
Zaman Umar, kerajaan Islam bertambah luas
Gabenor diberi tanggungjawab ketuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan
Banyak membahagikan negeri kepada beberapa bahagian
Jabatan[h1]
Kehakiman
Setiausaha
Baitul Mal
Persuratan
Cukai
Juruaudit Negara
Ketenteraan
Pengurusan Tanah

Tahap Kemajuan Negara
Bidang tugas
Asingkan tugas kehakiman dengan tugas eksekutif
Asingkan tugas memungut cukai daripada tugas eksekutif untuk mengelakkan penyelewengan
Perlantikan pegawai
Temuduga → Lantikan dalam percubaan → Pengesahan jawatan → Penetapan gaji → Penyerahan dokumen perjanjian → Pelantikan → Pengisytiharan pelantikan di masjid
Penubuhan dewan
Diwan al Kharaj (Pungut hasil dalam negeri dengan tersusun)
Diwan al Jund (Menguruskan pentadbiran rekod dan urusan elaun tentera)

Kesan Kemajuan Pentadbiran kepada Dunia Islam Kini
Pelantikan ketua negara Berasaskan syura
Penubuhan kementerian Menjadi asas pembentukan jawatan
· Pemilihan pegawai Berasaskan temuduga, pelantikan dalam percubaan dan pengesahan jawatan

Ekonomi

Konsep Ekonomi Islam
Berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Menguruskannya fardu kifayah
Wajib keluarkan zakat, tidak boros dan tidak kedekut
Berasaskan dua prinsip, akidah (untuk keredaan Allah) dan syariah (mengikut ketetapan Allah)

Kegiatan Ekonomi
Penggunaan tanah pertanian
Tanah individu terbiar hendaklah diusahakan
Tentera Islam tidak dibenarkan memiliki tanah di negeri yang baru dibuka
Cukai
Cukai daripada pedagang luar yang melalui terusan yang menghubungkan Iskandariah dan Laut Merah
Cukai tanah pertanian menambahkan pendapatan Baitul Mal

Cara Pengurusan Ekonomi
Pengawasan rapi khalifah terhadap pendapatan dan perbelanjaan negara
Wang hasil cukai dikumpul di Dewan al Kharaj
Hasil pendapatan digunakan untuk pembangunan

Sumber Ekonomi
Pertanian
Perdagangan
Zakat
Al Fai’u (harta ditinggalkan orang kafir sebelum perang)
Al Jizyah (cukai dikenakan kepada orang zimmi)
Al Kharaj (cukai kepada orang kafir yang memiliki tanah)
Al Asyur (cukai kepada pedagang luar negeri)

Kesan Pencapaian Ekonomi
Pertanian
Pengeluaran bahan makanan bertambah
Kawasan pertanian bertambah luas
Rakyat hidup makmur
Kadar kemiskinan berkurangan
Pendapatan negara meningkat
Zakat
Sumber pendapatan dan kewangan bertambah
Peruntukan untuk bantu rakyat miskin dan dhaif bertambah
Digunakan membina rumah kebajikan, rumah ibadat dan kepentingan umum
Elaun kepada pegawai kerajaan bertambah
Cukai
Pendapatan diwan al Kharaj bertambah
Digunakan untuk kepentingan umum
Ekonomi negara semakin stabil

Politik

Konsep Politik
Salah satu aspek kehidupan. Manusia tidak dapat memenuhi keperluan kecuali dengan kerjasama
Penting untuk mewujudkan pemerintahan untuk melaksanakan syariat

Peranan Pemimpin untuk Mewujudkan Kestabilan Negara
Jujur laksanakan tanggungjawab diamanahkan untuk mendapat keredaan Allah
Setiap tugas dilaksanakan mesti sampai ke sasarannya dan memberi kesan baik

Cara Pelantikan Pemimpin
Sistem syura (zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
Sistem al Imamah (al Warasah). Bakal pemimpin telah ditetapkan sebelumnya

Kesan Kemajuan Politik
Kemajuan dan perubahan
Kestabilan politik dan mengekalkan keamanan
Mendapat sokongan rakyat
Rakyat hidup dalam keamanan dan pembangunan

Sistem Demokrasi
Sistem Syura
Dicipta pemikir barat berteraskan falsafah mereka
Dicipta pemikir Islam berteraskan al Quran dan as Sunnah
Berteraskan kedaulatan rakyat
Berijtihad dalam sesuatu masalah yang tiada ketetapan dalam syara’
Berdasarkan suara majoriti
Berdasarkan prinsip syara
Majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan
Pendapat ahli syura sebagai asas pemerintahan

Sosial

Konsep Sosial dalam Islam
Hubungan sesama manusia dalam masyarakat untuk kepentingan bersama
Sehinggakan hubungan mereka sangat kukuh dan sanggup bekorban apa sahaja

Persamaan Taraf
Peruntukan wang dari Baitul Mal untuk membeli hamba daripada pembesar Quraisy
Umar pernah membahagikan rampasan perang kepada bekas hamba untuk menghormati mereka
Umar pernah melantik seorang wanita sebagai pegawai penguatkuasa di pasar
Tidak ketepikan ahlu zimmah memegang jawatan dalam kerajaan yang tidak melibatkan polisi negara

Pendidikan
Menuntut ilmu dan pelajari asas agama merupakan kewajipan
Masjid sebagai tempat menyampaikan dakwah, pentadbiran dan pendidikan
Kuttab diperkenalkan untuk kanak-kanak belajar membaca, menulis, menghafaz dan mengira

Memelihara Agama
Saidina Abu Bakar memeintahkan agar mengumpul dan menyimpan al Quran
Saidina Usman mengarahkan al Quran menulis dan membukukan al Quran
Salinan al Quran dihantar satu ke setiap bandar

Keadilan Sosial
Orang bukan Islam dijamin harta, jiwa dan kebebasan agama
Orang Islam dilarang menjadikan tempat ibadat bukan Islam sebagai kediaman
Orang bukan Islam tidak dipaksa menukar agama mereka

Kebajikan
Saidina Umar memperuntukkan sebidang tanah untuk keperluan fakir miskin dikenali Ardhu al Hima (padang ragut) sebagai kawasan ternakan
Pengawal ditugaskan menghalang penternak kaya menggunakannya
Memerintahkan pengurus Baitul Mal memberi bantuan peruntukan kepada seorang Yahudi buta dan membatalkan jizyahnya

Peranan Kepimpinan Memajukan Bidang Sosial
Mengambil berat masalah rakyat
Memantau keperluan rakyat dari semasa ke semasa
Tegas dalam kepimpinan

Faktor Kejayaan Kepimpinan dalam Bidang Sosial
Semangat pengorbanan (bekorban harta)
Kesederhanaan (semua perkara dalam kehidupan)
Keadilan (tidak mengira kaum dan agama)
Kecekapan (berilmu, luas pengalaman dan tegas memimpin)
Keprihatinan (terhadap kebajikan rakyat)

Kemajuan Sosial dan Kesannya kepada Masyarakat
Masyarakat aman dan harmoni
Kesamaan kedudukan berasaskan ukhuwah Islamiah
Masyarakat bukan Islam menikmati kebebasan beragama dan jawatan tertentu dalam kerajaan

Perluasan Kuasa

Kekuatan Pengaruh
Peribadi
Dakwah
Peperangan
Perjanjian
Ukhuwah Islamiah
Penyerapan budaya asing

Perluasan Wilayah
Faktor kejayaan
Kesan perluasan wilayah