Friday, May 16, 2008

Insentif Untuk Guru Yang Sambung Pengajian

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk guru dalam usaha kerajaan memperkasakan profesion perguruan.

Perdana Menteri berkata bertepatan dengan gagasan kerajaan membangunkan modal insan dan bersesuaian dengan dasar pensiswazahan, kerajaan bersetuju untuk mengambil kira pengalaman mengajar guru semasa dalam skim bukan siswazah D.G.A 29 untuk pertimbangan kenaikan gred secara "time-based" setelah berada dalam skim siswazah iaitu dari D.G.41 kepada D.G.44.

"Kaedah yang akan digunakan ialah setiap tiga tahun pengalaman di Gred D.G.A.29 akan dikira sebagai satu tahun pengalaman di Gred D.G.41, tertakluk kepada had maksimum pengiraan sebanyak tiga tahun pengalaman D.G.41.

Insentif ini merupakan satu tambahan kepada keputusan kerajaan sebelum ini untuk memberikan satu hadiah kenaikan gaji," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008 di sini Jumaat.
Tahniah kepada semua guru .

No comments: